Categories: Trending

Agong Order Menu Apa Sewaktu Singgah di Nasi Lemak Royale Kedah,Putrajaya?

Bukanlah kali pertama Sultan Abdullah dirakam sedang menikmati hidangan di restoran biasa seperti orang kebanyakan. Kali ini sempat di kongsikan menerusi laman Instagram Rasmi Istana Negara dimana YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli di restoran Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya.

Baginda tiba ke premis berkenaan untuk bersantap selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Melawati.

Baginda memakai suit lengkap bertali leher itu memasuki restoran berkenaan lantas memesan sendiri minuman.

“Apa ada jual?” tanya Tuanku kepada peniaga restoran berkenaan.

“Macam-macam ada Tuanku” sebelum bertanyakan air apakah yang diinginkan Tuanku.

Dalam keadaan santai sambil meninjau suasana di dalam restoran, Tuanku kemudiannya bertanyakan jika air teh tarik ada dijual di situ.

“Tuanku memesan menu biasa sahaja, roti canai dengan semua lauk kami seperti sotong, udang, sayur, daging, ayam dan Tuanku ambil kari kepala ikan.

“Terima kasih Tuanku kerana sudi datang dan bermurah hati belanja semua pelanggan yang ada dalam restoran tadi,” kata Sharifah Afidah Syed Abdul Rahman, Pengurus Nasi Lemak Royale Kedah Cawangan Putrajaya.

Melalui perkongsian tersebut, Sultan Abdullah kelihatan berbual bersama pengurus restoran dan menegur beberapa orang pelanggan yang sedang menikmati hidangan di restoran itu.

sumber: IG Istana Negara

SGMS Enal