Syafiq Kyle, Amyra Rosli Menang Pelakon Terbaik Drama Rantaian

Gandingan bersama menerusi drama rantaian popular Nur nampaknya membawa tuah buat pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.

Kedua pelakon ini dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan pelakon wanita terbaik drama rantaian menerusi drama tersebut.

Ketika menerima trofi di pentas utama, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut berterima kasih kepada ibu-bapa, pengarah Nur dan peminat yang tidak jemu menyokongnya. 

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini ditayangkan di slot Samarinda TV3, pada Ramadhan lalu.

Nur mencatat sejarah tersendiri apabila mendapat 9 juta penonton dan 1.9 juta tontonan digital.

Paling penting, drama rantaian popular ini bakal ada sambungan tak lama lagi. Tahniah sekali lagi dari kami!

 

SGMS Faida