Categories: Hiburan

Dress Panjang Sangat, Punca Maya Karin Hampir Jatuh Di ASK2018?

Pembukaan Anugerah berprestij Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) kali ini menyaksikan gandingan pengacara Maya Karin dan Awal Ashaari sebagai pengacara yang akan memulakan malam anugerah pada malam ini. 

Dan, pastinya gandingan ini ditunggu-tunggu lebih-lebih lagi pihak TV3 membuat sedikit kelainan dengan tidak memiliki host tetap pada #ASK2018. Menampilkan Maya Karin sebagai pengacara setelah sekian lama mendiamkan diri, dan anggun dalam persalinan berwarna merah, Maya Karin tampil begitu mempersona dan menjadi tumpuan lensa kamera. 

Namun, bukan itu yang kami nak kongsikan, jika korang perasan selepas sahaja commercial break iaitu selepas Anugerah Lakon TV Terbaik diumumkan, Maya kelihatannya hampir terjatuh mungkin disebabkan baju yang digayakan oleh beliau terlalu panjang. Dan, kelihatannya Awal berada disamping Maya untuk menolong beliau menaiki tangga pentas utama. Betul ke?

Haa, kalau korang tak sempat atau tak perasan, korang boleh saksikan siaran ulangan #ASK2018 di www.tonton.com.my

Salma Syahbuddin