Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 16, 2023 @ 7:49pm

“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Datang Mahkamah” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, mengakui dia ada menerima mesej daripada suaminya yang juga seorang pengarah Syamsul Yusof berkaitan tuntutan cerai yang difailkan hari ini.

Menurut Puteri Sarah, dia memberitahu bahawa Syamsul ada menghubunginya untuk berjumpa bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Syamsul ada WhatsApp, dia ajak berjumpa untuk berbincang.

“Belum jumpa lagi sebab saya dan dia sibuk dengan jadual penggambaran.

“Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan,” katanya kepada XTRA ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meninggalkan kata-kata buat suaminya itu dalam mengharungi dugaan rumah tangga.

“Insya-Allah, doakan semuanya yang terbaik untuk kita,” tutupnya ringkas.

Ditanya apakah proses seterusnya jika Syamsul Yusof tidak mahu melepaskan Puteri Sarah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, terdapat beberapa peringkat jika perkara tersebut berlaku.

“Ikut prosedur, kalau dia (Syamsul) datang hari tersebut, dan kalau dia setuju maka lafaz cerai itu boleh berlaku pada hari tersebut.

“Kalau umpamanya tak setuju, kita akan teruskan dengan peringkat kedua di mahkamah sama, mahkamah akan rujuk pada Jawatankuasa Pendamai, kedua-dua pihak akan diwakili wakil masing-masing untuk cuba cari jalan.

“Kalau berjaya, kita akan teruskan dengan cerai. Kalau tak berjaya, mahkamah akan rujuk pada hakam pertama (keluarga), kalau tak berjaya, kita akan beralih kepada hakam yang terakhir iaitu hakam mahkamah. Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya dia (Syamsul) masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan pada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah),” jelas Akberdin.

Hari ini, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “This Is The Best For Me, Doakan!” – Puteri Sarah Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

陈泽耀首战台湾漂移赛!逆转胜获新人赛季军

向来热爱赛车运动的阿哲(陈泽耀)在国庆日出发到台湾参加他人生首场国外飘移比赛,即便在最后的飘移动作有些许失误,可是仍逆转胜出获得新人赛季军,让他直呼「今年的国庆日超难忘」!

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Fri, 11 Oct 2024

“Banyak Gila Akaun Media Sosial Terlibat”- Rosyam Nor Buat Laporan Polis

Haa, kan dah mendapat! Kena lah berrtanggungjawab dengan apa yang anda buat.🔥🔥

Trending Fri, 5 Jan 2024

Hamdan Senario Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham Hamdan Ramli ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

“Saya Pun Sedang Berjuang” – Amira Othman Terharu Jadi Asbab Wanita Berubah Ke Arah Lebih Baik

Amira Othman akui masih berjuang dalam menjaga aurat, terharu dijadikan idola

Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Video Nyanyi Untuk Kristal, Achey Ganti Tempat Lan?

Umum tahu, Achey memiliki vokal yang cukup baik dan boleh mencecah high note. So, why not kan?

Featured Tue, 22 Aug 2023

A.Galak Didakwa Sudah Meninggal Dunia, Ini Teguran ‘Pedas’ Yusof Haslam

Haa, kan dah kena sound dengan Datuk tu👍👍👍

error: Content is protected !!