Hiburan By: Padin March 7, 2023 @ 12:11pm

Syamsul Yusof Kunci Mulut, Tak Mahu Ulas Sebab Enggan Cerai Puteri Sarah.. Hanya Tunjuk Tanda Jari ‘Peace’ & ‘Allah Yang Satu’

Pengarah Syamsul Yusof mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai keputusannya yang enggan menceraikan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pagi tadi.

Selepas tamatnya prosiding, Syamsul yang dinantikan pihak media di luar mahkamah terus diajukan persoalan namun pengarah KL Gangster itu terus meluru keluar menuju ke lif bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.

Syamsul hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Sarah, malah, ketika beredar, pelakon filem Munafik itu hanya menunjukkan isyarat tangan jari ‘peace’ dan ‘Allah Yang Satu’.

Sementara itu, Roshdan ketika berhujah di mahkamah berkata, setakat ini pengarah itu tidak mahu menceraikan Sarah kerana menyifatkan masih ada sinar untuk memperbaiki hubungan perkahwinan mereka

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya.

Terdahulu Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebelum ini pada 16 Januari lalu Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Untuk rekod Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Summayah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Mon, 4 Nov 2019

Pemalu Punca Riena Kurang Popular?

Doakan yang terbaik untuk jenama Mariposa!

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Auww…Sweet Sungguh Ucapan Hari Jadi Suami Untuk Ayu Raudhah

Makin lama makin cantik, Happy Birthday Ayu!

Featured Mon, 19 Apr 2021

Rentas Negeri Aidilfitri Ditentukan Selepas 28 April

Ketetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini akan ditentukan selepas 28 April. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bagi tempoh sekarang sehingga tarikh tersebut orang ramai perlu

Trending Mon, 2 Jul 2018

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka.

Hiburan Mon, 23 May 2022

| Live TV