Syazwan Zulkifly Belum Sedia Jadi Suami Sebab…

Pelakon Syazwan Zulkifly memiliki sebab tersendiri melambatkan rancangan menamatkan zaman bujang.

Kata pelakon berusia 32 tahun itu, dia memasang impian menjadi penerbit dalam tempoh setahun atau dua dari sekarang.

“Saya nak jadi penerbit sebelum bergelar suami. Bila dah berjaya baharu saya akan fikir soal kahwin.

“Bukan tidak fikir langsung soal kahwin cuma fikir kerjaya seni kembali aktif tahun ini, saya mahu guna peluang yang ada,”katanya kepada BH Online.

Syazwan yang mengaku sudah memiliki kekasih bernama ‘Sha’, dia juga bersyukur wanita itu sangat memahami kerjayanya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya. Lagipun kami dah lama kenal cuma mula rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Keluarga juga tahu mengenai hubungan kami dan tiada masalah mengenai perkara ini,”akhiri Syazwan.

Semoga terus bahagia bersama yang tersayang Syazwan!

SGMS Enal