Dari KL Ke Mata Dunia, Poster Yuna Di Tengah Bandar New York Memang Win Habis!

Hebat! Penyanyi Yuna mencipta kejutan tersendiri apabila wajahnya muncul di papan iklan di tengah bandaraya New York, Amerika Syarikat.

Yuna yang kini dalam rangka promosi album terbaharunya, Rouge dilihat menggayakan cucuk sanggul di sebuah poster besar bercahayakan pancaran diod di Times Square.  

Melalui kapsyen ringkas, Yuna menulis:
 
“From KL to the WORLD! IT’S ROUGE DAY EVERYWHERE AND IT’S DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC1 ROUGE OUT NOW! Also go take photos there and tag me! #yunarouge thanks @spotify.

Sebilangan besar pengikutnya termasuklah para selebriti terkenal meninggalkan komen bahawa Yuna telah mencipta sesuatu yang luar biasa di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, peminat juga sudah tidak sabar mendapatkan album keempat Yuna yang mengetengahkan cinta, semangat dan kekuatan bersesuaian dengan tajuk iaitu, Rouge.

Tahniah Yuna, we are so proud of you!
 

SGMS Faida