‘Syukur Tak Diberi ‘Nafsu’ Untuk Terus…’- Noh Salleh Mengaku Sudah Cukup!

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengakui amat bersyukur kerana tidak memiliki keinginan berlebihan dalam pencarian di dunia.

Noh ketika ditemui di Majlis Pelancaran Muzik Video ‘Debu Bercahaya’ di The Red Box The Gardens Mid Valley City memberitahu, dirinya bersyukur dengan segala anugerah yang dikurniakan Allah SWT sehingga kini.

“ Alhamdulillah, aku tak diberi ‘nafsu’ untuk terus mahu dan mahu lagi. Kurniaan mencukupi dari segi makan, pakai, sihat dan dapat bernafas sudah cukup bagi saya. Aku bersyukur dengan segala pemberiannya,” katanya.

Penyanyi yang aktif dalam misi kemanusiaan ini mengumumkan bakal tampil dengan jenama sendiri, Hikari Riders.

“ Sebilangan besar peminat Hujan gemar memakai apa yang kami gayakan. Dari baju t-shirt, aksesori termasuklah tali pinggang, semua ada.

“ Jenama ini adalah mengenai aku sendiri. Apa yang aku pakai, aku akan jual. Hikari juga menyokong komuniti muzik, kumpulan anak muda yang aktif dalam aktiviti permotoran dan banyak lagi.

“ Sebuah majlis santai akan diadakan di The Gasket Alley di Petaling Jaya pada 3 Mei ini dan pelbagai aktiviti bakal diadakan,” akhirinya.

Tambahnya, acara santai di sana nanti turut diserikan dengan persembahan rapper terkenal Aman RA, DJ Nas dan kumpulan Vegabounce.

Lebih istimewa, Noh turut menyediakan ruang bagi kumpulan Indie yang ingin menjual merchandise tanpa mengambil sebarang bayaran.

Oleh: SGMS Azroy/Nabil

SGMS Fas