Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Inisiatif Rakan Artis Bantu Kos Rawatan

Sejak beberapa hari lalu, peminat dikejutkan dengan keadaan dramatis popular Nad Zainal yang dilaporkan terpaksa ditidurkan akibat mengalami paru-paru berdarah.

Justeru itu, bagi membantu kos rawatan perubatan, satu tabung kecemasan telah dibuat sebagai inisiatif rakan artis dan peminat membantu meringankan beban keluarga aktres itu.

Memetik laporan Harian Metro, pembantu peribadinya yang dikenali sebagai, Echa memaklumkan, tujuan tabung ini adalah untuk orang ramai berganding bahu untuk sama-sama memberikan bantuan selain memohon agar sentiasa menitipkan doa buat Nad semoga kesihatannya kembali pulih dengan segera.

ā€œBagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama. Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan hantaran ini agar lebih ramai dapat turut membantu,ā€ katanya.

Menjengah di ruangan sosial media, rata-rata rakan artis tidak putus berkongsi hantaran menerusi rantaian di Instagram Stories (IGS) masing-masing sejak Selasa.

Terdahulu, pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi keadaan terkini Nad yang dilihat semakin positif berbanding sebelumnya malah sebagai rakan dan mewakili pihak keluarga, Shahrulezad juga ingin mengucapkan terima kasih diatas doa-doa orang ramai.

Ā Ā Ā ā€œSaya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas doa doa tulus kalian. Hanya Allah saja yang mampu membalas doa ikhlas kalian,ā€ jelasnya.

Ā 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin