Tahniah! Ahmad Idham Kini CEO Finas

Pelakon dan Pengarah Filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri telahpun dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuatkuasa pada Isnin.

Menurut Gobind Singh selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia, pelantikan Ahmad Idham itu adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pembabitan beliau dalam Industri Kreatif sejak 25 tahun yang lalu dan ini jawatan ini akan berkuatkuasa dalam tempoh dua tahun.

“Ahmad Idham yang memiliki ijazah sarjana muda perakuanan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam industri krreatif selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara. 

” Pelantikan ini adalah keputusan lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981bagi menggantikan pemangku, Shakib Ahmad Shakir yang menjalankan tugas selama empat bulan yang lalu.” Katanya

Tambahnya lagi, Kementerian berharap Ahmad Idham akan berkhidmat untuk meningkatkan usaha FINAS bagi membangunkan industri ini. 

Salma Syahbuddin