Categories: Gaya Hidup

Pengebumian suku Toraja di Indonesia ambil masa lama, sanggup tidur dengan mayat

Oleh: Syarifah Fatin Anisa binti Tuan Said Shakh

Setiap yang hidup pasti akan melalui kematian. Masyarakat dunia dengan pelbagai identiti dan budaya yang tersendiri mempunyai cara berlainan dalam mengurusan upaca pengebumian mereka.

Dalam hal ini, kaum Toraja dari Sulawesi Selatan, Indonesia mempunyai cara unik dalam menguruskan upacara kematian. Kaum ini mengamalkan kepercayaan tradisional yang menjadikan kerbau air sebagai aspek penting dalam kehidupan selepas mati mereka. Ia dikenali sebagai Alluk Todolo.

Foto: www.huckmag.com

Haiwan herbivor ini akan disembelih ketika upacara kematian ini berlangsung. Oleh sebab harganya yang tinggi, maka mereka harus merantau ke tempat lain seperti daerah Papua untuk mengumpul wang bagi membiayai kos pengebumian ahli keluarga atau diri mereka sendiri.

Jika wang simpanan belum mencukupi untuk membeli kerbau air bagi proses pengebumian, mayat akan disimpan di rumah sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Ia dilakukan bagi memastikan si mati mendapat penghormatan yang secukupnya.

Kaum ini juga percaya bahawa seseorang belum meninggal dunia dengan sepenuhnya dan roh mereka masih bergentayangan di desa yang mereka diami selagi upacara belum selesai.

Upacara ini bermula dengan membawa mayat mengelilingi kawasan desa menggunakan tandu atau digelar sebagai ‘rumah-rumah’ oleh penduduk tempatan.

Foto: Indonesian Islands Culture Tourism

Balunya juga akan dibawa mengelilingi kampung dengan menggunakan ‘rumah-rumah’ kecil.

Penghormatan terakhir akan diberikan oleh Bupati Toraja yang bernama Kalatiku Paembonan. Beliau menerangkan bahawa adat ini sudah diamalkan sejak berates tahun dahulu dan akan diteruskan oleh kaum Toraja.

“Upacara perarakan oleh penduduk kampung adala penghormatan terakhir buat si mati dan peluang untuk dia merasai pengalaman mengelilingi kampung buat kali terakhir,” katanya.
Seterusnya, upacara penyembelihan kerbau dilakukan di sebuah kawasan yang digelar sebagai Pangli. Penyembelihan ini dilakukan secara agresif dengan memukul badan kerbau termasuklah leher dan kepala menggunakan parang.

Foto: Backpacking To Indonesia

Ia dilakukan bertujuan mencapai tahap spiritual bagi melengkapi upacara pengebumian si mati.

Menurut Timbalan Sekretariat Jeneral Persatuan Masyarakat Adat Nusantara Rukka Sambolinggi, “Orang Barat menganggap bahawa penyembelihan kerbau adalah suatu perkara yang kejam tetapi ia adalah kepercayaan yang sudah lama diamalkan oleh kaum Toraja dan sesuatu yang sangat dibanggakan serta menjadi identiti mereka,” jelasnya.

Bagi orang di negara ini, budaya yang diamalkan oleh masyarakat Toraja adalah agak aneh. Bagaiamanapun, perbezaan budaya ini haruslah dihormati.

tex_admin