Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Tahniah buat pelakon Diana Amir yang selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi tadi.

Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hisham berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya hari ini.

“ SubhanAllah…Alhamdulillah, Diana terharu dengan doa-doa daripada semua, dari awal pregnancy sehingga selamat melahirkan pagi tadi. Terima kasih banyak- banyak, semoga Allah pulangkan kebaikan kepada awak-awak semua,” katanya.

Pelakon filem 321 Cinta yang mula berhijrah dengan imej lebih Muslimah pada tahun 2011 ini memaklumkan dia sepatutnya melahirkan anak pada Isnin ini tetapi menerima bayi ketiga ini lebih awal.

“ Ikutkan due date Isnin tapi Allah nak bagi anugerah awal and actually, mmg diana doa untuk sakit contraction yang amat sangat then akan cepat je lahirkan baby. Selepas lima minit masuk ke labour room, baby dah keluar. Thanks syg bekerjasama dgn mummy tadi.

“ Diana juga doakan yang belum dikurnia zuriat akan memperoleh rezeki yang terbaik dariNya, pengikat kasih sayang suami isteri dan mampu menjadi saham di akhirat kelak, Amin!,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, Diana turut mendoakan kepada wanita yang bakal melahirkan anak dipermudahkan urusan melahirkan.

“ Manakala yang bakal melahirkan, you can do it! Pasti Allah tidak sia-siakan kesabaran menanggung kesakitan. Syukur diberi peluang untuk menghapus dosa- dosa dengan cara yang indah.

“ Doakan baby boy Diana sihat, soleh, handsome, disayangi @khawlah_khadija diorg belum jumpa lagi adik diorang ni. #mummynervous . Yay! Alhamdulillah part paling scary (bersalin) dah settle, now panda eye and pantang mode on,” akhirinya.

Diana Amir berkahwin dengan Mohd Habibbullah A Rahman pada 25 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015 dan cahaya mata kedua, Khadija Azzehra pada 4 Januari 2017. Alhamdulillah, Tahniah Diana Amir & keluarga!

SGMS Faida