Categories: Trending

Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Anak? Baca Ini!

Terbaru Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) dan pihaknya mengadakan perbincangan untuk elaksanakan tindakan berkenaan dalam usaha memperkasakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Perkara ini telah dibincangkan diperingkat JKSN, juga diperingkat kami (kementerian) dan saya harap penguatkuasaan itu akan dipertingkatkan termasuk melibatkan isu sekatan bank.

Ini kerana ramai di kalangan wanita yang tidak diberi keadilan sepenuhnya terutama dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

” Keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah, apabila ditentukan perlu dibayar. Tiada lagi dolak-dalih.

” Bekas isteri kebanyakannya tiada tempat untuk mengadu apabila perkara sebegini berlaku. Mungkin juga terdapat kelemahan dari segi penguatkuasaan,” katanya. 

Beliau berharap penguatkuasaan bukan saja ditumpukan pada soal keluarga yang mana wanita telah diceraikan tetapi dengan membantu mereka untuk mendapat hak mereka kembali.

” Hak mereka seperti nafkah anak dimana sekarang bekas suami tidak dikuatkuasakan untuk tanggungjawab memberi nafkah.

” Namun kita perlukan sedikit autoriti untuk bertindak ke atas suami-suami yang liat membayar nafkah kepada isteri,” katanya kepada media selepas selepas sesi Town Hall Maqasid berjudul “Tadbir Urus Maqasid Syariah”.

Credit photo: Bernama

SGMS Enal