Pertama Kali Ke Malaysia, KARD Teringin Minum ABC

Kumpulan KPOP, KARD dari Korea Selatan yang tiba di Kuala Lumpur semalam mengaku teruja dengan kunjungan kali pertama ke negara ini.

Menurut salah seorang anggota KARD, King yang fasih berbahasa Inggeris memaklumkan dia dan anggota lain tidak sabar untuk menikmati juadah tempatan.

” Saya dengar pencuci mulut ABC (Ais Batu Campur) di sini sangat lazat. Kami berharap dapat menikmatinya sebelum pulang ke Korea nanti.

” Kalau di Korea Selatan kami ada Patbingsu, di sini pula ada ABC. Kalian rasa mana lebih enak?,” soalnya kepada peminat yang bersorak menjawab ABC beramai-ramai.

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Oh NaNa dan Don’t Recall ini juga memaklumkan teringin untuk menikmati juadah tempatan yang pedas.

” Saya amat sukakan makanan pedas. Jika ada idea makanan dan tempat yang perlu KARD cuba, maklumkan kepada kami.

” Kami juga diberitahu hidangan mee di Malaysia juga enak. Pastinya kami akan makan sebelum terbang ke destinasi seterusnya,” akhiri King. 

Malam ini KARD dijadualkan mengadakan persembahan di Lazada 11.11 Super Show yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 dan NTV7 pada pukul 10 malam. 

Artis tempatan dan Indonesia seperti Ella, Ziana Zain, Amy Mastura, Khai Bahar, Bunkface dan Cakra Khan bakal memeriahkan konsert pada malam ini. 

SGMS Faida