Categories: TECH

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

Tips kali ini kami ingin berkongsi cara – cara untuk mengubah warna latar belakang gambar pasport menggunakan perisian Photoshop.

Caranya tidaklah serumit yang anda sangkakan, ikuti sahaja langkah berikut.

Langkah 1

Pertama sekali, buka gambar yang ingin disunting pada perisian Photoshop

Langkah 2

Pada perisian Photoshop, pilih fungsi Polygonal Lasso Tool untuk memisahkan latar belakang daripada gambar. Caranya dengan mengelilingi keseluruhan gambar dengan garis putus – putus.

Langkah 3

Untuk memperhalusi lagi potongan gambar tersebut pilih Select – Modify – Smooth. Pada tetingkap Smooth Selection yang muncul, masukkan nilai 2 pixelsdan klik OK

 

Langkah 4

Maka berikut adalah hasilnya, apa pun pastikan bahagian tepi yang ingin dipotong kemas dan tiada langsung baki “background” asal.

 

Langkah 5

Seterusnya salin potongan tersebut dengan menekan crtl + j, maka akan muncul satu salinan gambar dengan latar belakang Transparent seperti berikut.

 

Langkah 6

Kemudian pilih warna latar belakang yang anda inginkan sebagai ganti yang lama.

 

Langkah 7

Seterusnya pada bahagian fail background, tekan kekunci ctrl +Delete untuk menggantikan warna tersebut. Maka akan muncul hasil seperti berikut. Kemudian pilih menu Layer – Flatten Image untuk hasil yang lebih baik.

 

Langkah 8

Akhir sekali, simpan gambar tersebut, selesai.

 

Berikut adalah hasil sebelum dan selepas.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

SGMS Putri