Hiburan By: SGMS Faida April 29, 2018 @ 4:25pm

Tahniah! Elvira Juara Mentor Otai

Tuah membawakan lagu Bukan Dia Tapi Aku dan duet bersama Azlan Typewriter menerusi lagu Nur Nilam Sari menyebelahi peserta Elvira atau nama sebenar Elvira Carrie Olga Arul, sebentar tadi.

Peserta berusia 38 tahun ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000 beserta trofi.

” Kemenangan ini tidak akan terjadi tanpa bantuan Mark Adam, Misha Omar dan peserta- peserta lain.

“ Saya langsung tidak jangka bergelar juara. Jujurnya, saya ramalkan Azee menjadi juara,” katanya ketika ditemui di sesi Sidang Media Mentor Otai, sebentar tadi.

Tempat kedua pula disandang oleh Azee atau nama sebenarnya Aznie Ariffin, peserta dari Sungai Petani, Kedah.

Azee berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM 50,000 beserta trofi manakala tempat ketiga disandang oleh peserta Alina Hassan yang membawa pulang RM 20,000.

Tempat keempat disandang oleh Aj atau nama sebenar Kamarol Azril Al’azemi yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000 beserta trofi.

Mentor Otai bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Featured Wed, 28 Jul 2021

Pelaksanaan Dos Ketiga Dan Vaksin Campuran Masih Dalam Kajian

Pelaksanaan untuk memberi dos ketiga (booster dose) dan vaksin heterologous (campuran vaksin) masih lagi dalam kajian kumpulan pakar dan akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar unntuk […]

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Akhirnya…Tahniah Mat Dan!

Lelaki Inggeris yang berasal dari Bristol, Britain itu telah memenuhi kesemua kriteria ditetapkan termasuk sumbangan diberikan dalam mempromosikan Terengganu dan Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Mon, 4 Nov 2019