Tahniah Shuk Dapat Anak Kedua, Kali Ni Baby Girl!

Penyampai radio Hot FM, Shuk selamat menimang cahaya mata perempuan seberat 2.7 kilogram sekitar jam 3.05 pagi tadi.

Shuk atau pemilik nama penuh, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, berkongsi, biarpun isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, bersalin tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan yang baik.

“Alhamdulillah…Syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar biarpun sebenarnya kami ke hospital untuk pemeriksaan akhir bersama doktor pada pagi Jumaat. Kami dimaklumkan isteri sudah memberikan tanda-tanda hendak bersalin kerana bukaan sudah tiga inci.

“Perjuangan isteri kali ini lebih dirasai kerana tidak mengambil epidural, namun saya setia bersamanya di sisi ketika di bilik bersalin. Lebih mudah berbanding kelahiran sulung, rasa sakitnya berbeza.

“Isteri dan anak kini sudah pulang di rumah kerana kedua-dua berada dalam keadaan sihat. Malah, ibu mentua juga datang daripada Sabah bagi menjaga isteri sepanjang tempoh berpantang,” katanya kepada Xtra.

Shuk dan Rossalennah atau Sera mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuang, Nur Qurratu Ain yang kini berusia dua tahun.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida