Tahniah! Tuanku Najihah Nama Bayi Sulung Sarimah Ibrahim

Pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim selamat melahirkan puteri sulung, pagi semalam.

Menerusi laman Instagramnya, beliau mengumumkan nama bayi sulungnya itu diberi nama Tunku Sofia Najihah Tunku Nadzimuddin.

Dalam entri sama, beliau memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan wajah anaknya selepas 12 jam dilahirkan.

“Lihat matanya sudah terbuka luas dan memerhati dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Saya perkenalkan kepada anda semua, puteri kami.

“Kami memilih nama Najihah sebagai nama tengah sempena nama nenda suami iaitu Tuanku Najihah. Saya rasa dia kelihatan seperti suami. Dia baru saja berusia 12 jam dan mata sudah boleh buka mata untuk melihat dunia.

“Ini adalah hadiah yang sangat berharga daripada Allah buat kami dan kami sangat bersyukur. Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat semua,” tulisnya di Instagram.

Sarimah dan suami, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie yang juga cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

SGMS Faida