Categories: Filem

Bukan Spoiler Alert! Ini 5 Perkara Kenapa Korang Kena Tonton Filem Kingdom

Siri manga paling popular di Jepun, Kingdom pastinya pilihan terbaik bagi mereka yang sukakan filem aksi. Agaknya kenapa korang kena tonton filem Kingdom ni eh? Meh, kita selongkar sikit lima sebab apa yang menariknya tentang filem ni!

  1. Bak kata pepatah, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Siapa bijak mesti boleh belajar bila tengok filem ni

Bagi sesiapa yang telah menonton filem Kingdom ni, mesti korang dah boleh agak scene mana agaknya yang dimaksudkan. Selepas pergolakan yang berlaku dalam Dinasti Qin, Seikyou dan sekutunya membuat rancangan untuk membalas dendam terhadap abangnya tirinya, iaitu Eisei tanpa mengambil peduli tentang masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk. 

Menyedari bala yang bakal melanda dinasti Qin, Eisei, Shin, Karyouten dan Shoubunkun serta pengikutnya terpaksa meminta pertolongan dari puak gunung yang diketuai oleh Youtanwa. 

     2. Plot Twist!

Yesss! Dipermulaan cerita sahaja sudah ada plot twist yah! Tapi, korang kena berjaga-jaga kerana dipermulaan cerita memang agak sedikit slow sebenarnya. So, makesure mata korang tak berkelip pun bila tengok citer ni okay! Nanti takdelah yang terkebil-kebil nak tahu scene mana yang ada plot twist tu!

     3. Sinematografi seakan-akan dalam siri Manga

Pastinya, bila korang tengok cerita ni, korang mesti kagum dengan sinematografinya yang digarap dengan begitu kemas dan baik sekali oleh Shinsuke Sato. Bukan sekadar menjadi pengarah yang baik, nampaknya Shinsuke Sato cuba membawa dunia ‘manga’ ke dalam filemnya kali ini.

     4. Watak Hero Kingdom Berbeza Dari Yang Lain

Betul, tak tipu! Watak hero yang dibawakan oleh Shin dalam Kingdom sangat berbeza dengan watak hero yang lain yang lebih gemar dengan watak segak bergaya, kaya, macho. Watak Shin lebih polos, bersahaja, kelakar namun, idea, semangat dan ketangkasannya dalam pertempuran membuatkan Shin antara orang yang paling dipercayai dalam melakukan tugas-tugas penting termasuklah membunuh jeneral Saji.

     5. Soundtrack Yang Umph!

Pastinya, soundtrack dalam sesebuah filem memiankan peranan yang penting bukan? Ada yang menangis kalau lagu soundtrack tu kena dengan storyline cerita. 

Memandangkan Kingdom adalah sebuah filem aksi, jadi soundtrack yang digunakan juga sangat bersesuaian dengan filem ini yang sememangnya penuh dengan unsur suspen dan semangat juang yang tinggi. Malah, lagu Wasted Night nyanyian rock band One Ok Rock ini adalah pilihan yang tepat kerana, habis sahaja lagu tersebut, penonton seolah-olah mendapat semangat baru sebelum meninggalkan panggung. Kalau korang tak caya, korang boleh pegi tonton sendiri filem Kingdom ni di pawagam yang berdekatan okay!

Sebelum tu, Xtra belanja sikit review filem ni okay!

Salma Syahbuddin