#ABPBH31; Tahun Ketiga Tercalon, Abam Terkejut?

Ini merupakan tahun ketiga pelawak Abam tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH-31).

Pelakon filem Jodoh Syaitan ini tidak menyangka namanya tidak tercicir tahun walaupun aktiviti seninya tidak serancak dulu.

“ Bercakap tentang pencalonan, saya sendiri pun terkejut. 

“ Alhamdulillah, peminat masih terus memberikan sokongan walaupun saya rasa pembabitan dalam kerjaya seni agak perlahan berbanding sebelum ini,” katanya.

Suami kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali ini juga meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi.

“ Syukur… peminat sudah menjadi sebahagian daripada keluarga dan mereka tidak henti-henti mengadakan promosi untuk saya di laman sosial.

“ Mereka juga membuatkan saya tidak putus semangat membina kerjaya,” katanya memberitahu sering melakukan aktiviti bersukan bersama peminat.

Abam turut tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular di malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke 31 nanti. 

ABP BH 31 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober depan. Jangan lupa undi artis kegemaran korang di www.abpbh.com.my bermula 25 Ogos hingga 25 September depan ok! 

SGMS Faida