Categories: Eat Travel

Tak Puas Makan Molten Lava Cake Kerana Terlalu Kecil? Jom Buat Versi Gergasi

Salah satu dessert coklat yang paling popular adalah molten lava cake, yang sama saja macam kek coklat biasa tapi bahagian tengahnya lembut dan cair.

Rasa paling nikmat adalah apabila anda memotongnya dengan sudu dan inti coklatnya meleleh keluar. Fuuuh, bayangkan saja pun boleh terliur!

Tapi jika anda pernah makan kek ini, anda mesti tahu yang ia selalu dihidangkan dalam saiz yang kecil. Lebih kecil daripada tapak tangan kita.

Tak puas! Kena makan sekurang-kurangnya dua biji! Kan best kalau ada orang boleh buat kek yang sama tapi besar sikit?

Nasib baik, memang dah ada orang yang berjaya fikirkan caranya! Ia bukan saja besar, tapi jumlah coklat cairnya pun berkali-kali ganda! Tengok ni!

Tak ke terliur bila tengok? Ngaaa…

Resipinya menggunakan chocolate cake mix biasa saja, yang anda boleh beli di pasaraya. Senang sangat.

Jika berminat nak buat, rujuk kepada video tutorial ini, okay? 

Kalau nak yang lebih terperinci, senarai bahan-bahan dan cara penyediaan ada disediakan di bawah.

Bahan-bahannya:

  • 1 kotak chocolate cake mix
  • 1 cawan air
  • 1/3 cawan minyak sayuran
  • 3 biji telur
  • 2 cawan heavy cream
  • 450 gram kepingan dark chocolate
  • Serbuk koko, untuk hidangan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar ke 175 darjah Celcius.
  2. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan cake mix dengan air, minyak dan telur; dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan campuran itu ke dalam pan bundt dan bakar selama 35 ke 45 minit, ataupun hingga lidi yang anda cucuk padanya nampak licin.
  4. Panaskan heavy cream di dalam saucepan hingga ia sedikit menggelegak.
  5. Dalam sebuah mangkuk sederhana, letakkan kepingan dark chocolate dan kemudian tuangkan pula heavy cream panas tadi. Kacau hingga sebati. Kini ia sudah menjadi chocolate ganache!
  6. Pindahkan kek dari dalam pan bundt ke atas sebuah pinggan hidangan yang lebar.
  7. Tuangkan chocolate ganache di bahagian tengah kek itu sampai ia melimpah dan menyelimuti keseluruhan kek.
  8. Taburkan serbuk koko di atasnya dan biarkan ganache itu rehat selama 30 minit sebelum makan.

Enjoy!

Sumber: Tasty

Ad Ops