“Tak Ada Apa Yang Sia-Sia…” – Kaka Azraff Muncul Di Papan Iklan Digital Tersohor New York

Penyanyi Kaka Azraff menjadi artis Malaysia seterusnya yang muncul di papan iklan digital tersohor dunia Times Squares, New York, Amerika Syarikat.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff meluahkan rasa bersyukur impiannya untuk menghiasi papan iklan menjadi realiti.

“Look Ma! Made it to @spotify EQUAL New York Times Square billboard of the month.

“Grateful to have come this far, couldn’t have done it without you guys. Malaysia represents!” tulisnya.

Terbaharu, Kaka mendedahkan selepas 10 tahun dia berada di dalam industri, tiada usaha yang sia-sia dan lakukan sesuatu perkara dengan niat dan cara yang betul.

“After 10 years. Tak ada apa yang sia-sia, semua usaha akan berhasil bila sampai waktunya. Jalan terus dengan niat dan cara yang betul. Syukur for everything,” ujarnya.

Untuk rekod, antara penyanyi lain yang pernah menghiasi papan iklan di bandar New York itu termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna Zarai, Aina Abdul, Aisha Retno dan beberapa lagi.

Sekadar info, EQUAL adalah sebuah program peringkat global oleh Spotify yang bertujuan untuk memupuk kesamaan wanita dengan artis-artis wanita di seluruh dunia.

Maya Basir