Tak Ada Masalah ‘Chemistry’ Meski Jurang Umur Jauh, Syafiq Kyle & Puteri Balqis Serasi – “Dia Sangat Disiplin”

Pelakon, Syafiq Kyle teruja pertama kali berganding dengan aktres remaja, Puteri Balqis dalam sebuah drama berjudul Terlanjur Cinta.

Ketika ditemui XTRA, Syafiq menyifatkan Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish sebagai seorang pelakon remaja yang sangat berbakat dan sentiasa bersedia sebelum mula penggambaran.

Aqish dan Syafiq memainkan peranan watak sebagai rakan baik yang mempunyai perasaan cinta terhadap satu sama lain dalam drama tersebut.

Disoal mengenai keserasian antara mereka, Syafiq berkata dia dan Aqish tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapat ‘chemistry’ meskipun jurang umur mereka jauh.

“Ini pertama kali berlakon dengan Aqish, saya tak ada masalah. Dia seorang pelakon yang sangat disiplin.

“Dia sangat bersedia, prep barang apa nak bawak, apa yg dia nak buat.

“Mungkin jurang hubungan umur kami tu jauh, tapi chemistry tu mungkin dalam hal kecil saja dari segi pergerakan, screenplay.

“Lain tak ada masalah, babak saya dengan dia berlakon laju saja, smooth,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq turut memuji Aqish yang mudah menyerap watak sehingga kini memberi kesan mendalam kepada diri aktres jelita itu.

“Bagus pada usia muda dia dapat rasa perkara macam tu, mendalami watak hingga tak boleh keluar.

“Maksudnya usia muda dia dah mudah absorb perkara seni. Saya sokong pelakon berbakat besar seperti ni,” katanya lagi.

Syafiq ditemui di majlis sidang media drama Terlanjur Cinta terbitan Viu di The Agam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Syafiq, antara barisan pelakon lain yang turut membintangi drama terbitan Erma Fatima Puteri Balqis, Syafie Naswip, Umie Aida, Syafi Tee dan Khir Rahman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Main Game Teka Kuih Raya, Gelagat Mimi Lana & Syafiq Kyle Cuit Hati Ramai! – “Dia Main Tembak Je”

Artikel Berkaitan: “Suami Orang Menggatal, Aku Maki Terus” – Puteri Balqis Seru Artis Wanita Elak Mengada Dengan Pelakon & Kru Lelaki

Aqilah Paharuzi