Tak Ambil Job Sepanjang Ramadan, Ashanty Fokus Di Rumah Bersama Keluarga

Penyanyi asal Indonesia Ashanty mengaku seronok menghabiskan masa bersama keluarga dengan tidak menerima sebaran tawaran menyanyi sepanjang Ramadan ini.

Kata penyanyi berusia 35 tahun ini, dia enggan menerima tawaran menyanyi bagi memberi fokus kepada suami dan empat orang anaknya.

“ Sepanjang Ramadan tiada show wedding atau show macam-macam cuma paling show menghibur di majlis buka puasa sahaja.

“ Saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Kebiasaanya saya pergi ke luar kota menhadiri undangan jadi untuk satu bulan ini sahaja, saya mahu rehat dan beribadah sepuasnya,” katanya.

Dalam masa sama, Ashanty juga sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan dan restorannya yang terletak di seluruh Indonesia. 

Instagram: @ashanty_ash

SGMS Faida