‘Hilang Suara, Demam Tak Kebah’, Hael Husaini Sakit Dibuat Orang?

Penyanyi Hael Husaini mendedahkan mengalami masalah kesihatan seperti demam panas setiap kali menerima undangan nyanyian.

Kata Hael ketika ditemui di majlis iftar anjuran Rocketfuel Entertainment bersama anak yatim di Berjaya Times Square Hotel semalam, dia tidak menganggap penyakit itu sebagai ‘misteri’ tetapi tidak menolak melakukan perubatan cara Islam.

“ Doktor sendiri tidak dapat kenal pasti punca penyakit dialami. Saya sealalu demam, suara akan hilang setiap kali menerima undangan nyanyian.

“ Saya masih dalam tempoh rawatan di hospital sejak tiha bulan lalu. Yang pelik, selepas habis persembahan keesokan harinya suara saya kembali seperti biasa,” katanya.

Tambah pelantun lagu Bersyukur Seadanya ini, ada di antara rakan-rakannya yang menyarankan dia untuk berubat secara tradisional.

“ Doktor suruh saya banyak berehat. Dalam masa sama saya juga mengalami peningkatan badan mendadak selepas mengambil ubat-ubatan.

“ Namun begitu, saya akan cuba pergi berubat secara tradisional sekiranya masih tidak sembuh. Kita tengok macam mana nanti,” akhirinya.

Semoga cepat sembuh Hael!

SGMS Enal