Pelakon Sharnaaz Ahmad mengajak orang ramai yang menunaikan solat Tarawih malam ini di Masjis Asy-Syakirin untuk melakukan solat hajat buat anak lelakinya, Jebat Jayden.

Jebat yang kini menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dilaporkan selamat menjalani pembedahan selepas doktor mendapati terdapat jangkitan di saluran kencing (UTI).

“ Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid Asy-Syakirin di KLCC malam ini, selepas solat tharawikh lebih kurang jam 10 lebih.

“ Dijemput solat tarawikh bersama kemudian disusuli dengan solat hajat. Sama-sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yg belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia dan dah selesai jalani operation. Namun tak recover dengan baik. Tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulisnya di Instagram.

Posting tersebut turut mengundang simpati netizen dan rata-rata mendoakan kesihatan Jebat Ayden serta meminta Sharnaaz dan isteri tidak berhenti mendoakan Jebat Jayden.

Jebat dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu merupakan anak sulung pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor.

SGMS Faida