Categories: Eat Travel

Resipi ‘Milkshake’ ini sesuai untuk anak anda yang tiada selera semasa bersahur

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Susah sungguh hati apabila anak yang masih kecil tidak berselera untuk bersahur.

Sudahlah mereka perlu menghabiskan masa di sekolah dan memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menelaah!

Perut yang lapar pastinya menjadi faktor terbesar mereka tidak boleh menumpukan perhatian dengan sepenuhnya semasa belajar.

Jangan risau lagi! Cuba resipi milkshake ini jika mereka tidak berselera untuk makan nasi pada waktu sahur.

Chocolate Flake Shake

Anda hanya memerlukan bahan seperti berikut:

Sos karamel

2 cawan susu

3 cedok ais krim vanila

1 biji pisang yang dilenyek

3 bar coklat (Anda boleh gunakan coklat jenama Cadbury’s Zip)

Foto: sugarfreemom.com

Cara penyediaan

Kisar semua bahan di atas dan hidangkan dalam gelas panjang.

Untuk nampak lebih menarik, taburkan kepingan coklat dan tuangkan sos karamel di atasnya.

Oreo Cookies Milkshake

Bahan-bahan

1 bungkusan biskut Oreo

5 cedok ais krim vanilla

1/2 cawan susu

Sedikit sos coklat

Cara penyediaan

1. Hancurkan oreo untuk memudahkan proses mengisar.

2. Kisar kesemua bahan sehingga halus.

3. Untuk nampak lebih menarik, tuangkan sos coklat.

4. Hidangkan di dalam gelas panjang supaya anak anda lebih berselera.

Selain dari milkshake, anda boleh juga cuba resipi ‘smoothie’ ini. Cuba resipi mudah ini bersama anak. Pasti mereka akan berasa teruja untuk mencubanya.

Foto: momjunction

Smoothie Beri dan Pisang

1 biji pisang yang dipotong kecil

Beberapa biji buah beri (Anda boleh gunakan strawberi atau beri biasa)

2 sudu teh biji Chia (Jika tiada, tidak mengapa tetapi ia merupakan sumber protein yang tinggi)

Sedikit madu

1 1/2 sudu dadih

Secawan susu

Cara penyediaan

Kisarkan kesemua bahan dan hidangkan dalam gelas tinggi.

Foto: Chiquita

Selamat mencuba!

Sumber: Momjunction 

tex_admin