Categories: HiburanTrending

“Tak Baik Tau Cakap Pasal Orang, Berdosa” – Petah Berbahasa Melayu, Nasihat Anak Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Buat Ramai Cair

Anak pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, Isaac Raees tampil memberikan nasihat spontan kepada orang ramai sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan warganet.

Dalam perkongsian di Instagram itu, Isaac berpesan untuk berbuat baik kepada semua orang dan tidak saling bercakap buruk tentang seseorang.

”Tak baik, tak baik tau cakap pasal orang. Berdosa. Be kind to everyone,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya tersentuh dengan pesanan ringkas dan bersahaja itu.

Sementara itu, Aiman juga sempat memuat naik semula pesanan putera kesayangannya itu di Instagram Story (Igs) dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tabiat buruk.

“Budak kecil tak pandai menipu dan bercakap buruk pasal orang lain. Kita? It’s not in our nature. It’s a bad developed habit,” tulisnya.

Fatin Nurain