Tak Kesah Pun Betis Besar, Janna Nick Kasi Jawapan Pedas Buat Netizen

Pelakon dan Pengacara, Janna Nick baru-baru ini sekali lagi dihentam netizen kerana memakai baju yang menunjukkan betisnya ketika mengacarakan program Melodi bersama Ajak Shiro.

Janna dihentam netizen kerana menganggap bahagian betis beliau kelihatan besar. 

Dan, bagi menjawab isu ini,  Janna dilihat telah memuat naik insta story berhubung perkara tersebut.
Nah! ini jawapan hebat Janna Nick buat netizen yang kaki kutuk tu!
Menurut Janna, beliau sedikit pun tidak kisah dengan kutukan dan kecaman netizen terhadap dirinya. Malah dengan nada sinis, beliau menjawab bahawa betis nya yang besar itulah yang memberikan rezeki buat dirinya dan keluarga.
Kalau dilihat, sempat juga beliau memuat naik gambar melalui insta story nya sambil mengucapkan terima kasih kepada peminat mahupun followers yang sentiasa bersama beliau dan tanpa jemu memberikan sokongan.
Apapun, sebagai seorang artis popular, mereka ini tidak lepas dari mendapat kritikan dan kecaman netizen. Yang penting, artis kenalah bijak dalam menjawab kecaman mereka. Dan buat netizen, janganlah suka kutuk, yang penting baju yang dipakai oleh artis kesayangan korang ni, selesa dan masih menjaga adab. Betul tak?
Salma Syahbuddin