Categories: Sihat

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Harumnya bunga melur, selalunya digunakan untuk ditabur di perkuburan. Tapi jangan kaitkan bunga melur dengan kubur, ada banyak lagi manfaatnya, khasnya untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.

Nak tahu apa manfaat dan kebaikan bunga melur pada tubuh badan anda, teruskan membaca nota ringkas ini!

Bunga melur jadi ramuan minyak wangi terkenal

Bunga melur ataupun nama saintifiknya jasminum sambac merupakan pokok jenis belukar renek dan ia dikatakan tergolong dalam pokok jenis merayap dan menjalar. Pokok bunga melur mempunyai kira-kira 200 jenis dan boleh didapati di kawasan Tropika dan beriklim panas.

Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. Penggunan esen bunga melur kebanyakannya dijadikan bahan wangian badan seperti Donna Karan Cashmere Mist daripada DKNY.

Malah di Itali, melur casablanca (jasmine officinalle) ditanam untuk dijadikan wangian badan. Bunga melur diselitkan pada sanggul rambut sebagai perhiasan di kalangan masyarakat India dan sebahagian masyarakat Melayu.

Foto: Pesona Pengantin

Jom follow tip di bawah

Tips 1  : Elakkan muka sembap

Caranya: Campurkan sebiji putih telur, 1/4 sudu madu, 1/4 sudu minyak zaitun, sebiji limau nipis (perah dan ambil airnya), lima kuntum bunga melur yang sedang mekar dan lima biji badam yang dikupas kulit. Kisar semua bahan sampai halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air.

Tips 2 : Atasi jeragat dan pigmentasi

Caranya: Campurkan beberapa putik jambu batu dengan beberapa putik bunga melur dan kisar sehingga halus. Kemudian, sapukan pada muka dan biarkan selama 30 minit. Amalkan selalu, insya-Allah jeragat akan beransur hilang.

Keistimewaan lain

Selain tujuan kecantikan, bunga melur juga mempunyai khasiat tersendiri dalam rawatan tradisional. Contohnya, untuk mengubati sakit mata (mata merah), mengubati bengkak akibat gigitan lebah serta demam dan sakit kepala.

Minuman tea berasaskan bunga melur juga dapat melancarkan perjalanan darah, merangsang ketenangan minda dan membuatkan emosi anda berasa nyaman.

Sumber: InTrend

Yanie Baharom