Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Pelakon Wan Sharmila memberitahu dia memiliki impian untuk berlakon dalam filem aksi untuk projek akan datang.

Ini kerana pelakon yang mula aktif di bidang seni sejak 2005 sering ditawarkan bukan watak berat dan sebagai pelakon berkarakter dia mahu sentiasa menambah baik mutu lakonannya.

” Susah saya nak dapat watak dalam filem atau drama aksi. Mungkin disebabkan raut wajah saya yang lembut. Mungkin?

” Sebagai seorang pelakon yang sudah lama berada dalam industri seni, saya mahu mencuba watak-watak yang tidak pernah saya lakonkan. Kalau dapat yang ada kena mengena dengan seni mempertahankan diri itu, saya pasti terima.

” Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man. Doa-doakan agar hasrat saya tercapai. Tidaklah lepasni watak saya hanya menangis dan menjerit sahaja,” katanya sambil ketawa. 

Empunya nama Wan Sharmila Wan Mohamed ini, dia kini lebih teliti dalam pemilihan watak dan skrip.

” Jujur saya katakan saya seorang yang sedikit teliti dalam hal ini. Sebelum menerima tawaran saya perlu lihat dengan produksi serta pasukan yang saya akan bekerja nanti. Saya percaya dalam menghasilkan karya yang baik bergantung kepada pasukan termasuklah pengarah drama atau filem berkenaan.

” Bila team terbaik maka hasilnya juga pasti akan jadi baik,” katanya ketika ditemui di festival Anggun Life, Ahad lalu.

Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila baru sahaja tamat penggambaran bersama pelakon Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan untuk sebuah drama bersiri yang akan ditayangkan pada Januari 2019. 

SGMS Faida