Demi SANGKAR, Zul Ariffin & Remy Ishak Sanggup…

Pelakon filem Sangkar Zul Ariffin mengaku jatuh cinta dengan  sukan tinju selepas menjalani penggambaran filem Sangkar, beberapa bulan lalu.

Kata pelakon berusia 32 tahun itu, dia turut dilatih oleh petinju Britain James McSweeney dalam menjayakan watak dalam filem berkenaan.

” Saya berdepan pengalaman sebenar apabila ditumbuk betul di muka. Dia besar tapi tak apalah, pengalaman. Baru nampak  real. Saya harap filem Sangkar mendapat sambutan penonton tanah air,” katanya.

Sementara itu pelakon Remy Ishak  yang turut berlakon dalam Sangkar gigih melakukan persiapan dari segi fizikal demi tuntutan watak.

” Bukan senang dapatkan tubuh seperti yang dikehendaki kerana memerlukan latihan dan pemakanan seimbang,” ulasnya ringkas. 

Teaser filem Sangkar terbitan Primework Studio bakal ditayangkan bermula esok, 12/12 bermula 12 tengah hari esok!

 

 

SGMS Faida