“Tak Pernah Terlintas Cederakan Orang Yang Saya Sayangi” – Hafidz Roshdi Rindu, Sebak Terkenang Anak-Anak

Pelakon Hafidz Roshdi tampil mengeluarkan kenyataan selepas mengaku tidak bersalah memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu di Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Selain itu, hasil prosiding pada hari ini, Hafidz turut diperintahkan oleh mahkamah untuk dibawa ke Hospital Bahagia bagi mendapatkan rawatan psikiatri.

Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh  Hakim Siti Fatimah Talib yang merupakan majistret kes perbicaraan pagi ini selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Dalam kenyataan tersebut, Hafidz sempat mengucapkan  terima kasih kepada mereka yang mendoakannya dan mengaku tidak pernah terlintas untuk mencederakan isterinya, Shuhada

“Di dalam hidup saya, di antara momen-momen indah adalah apabila berumah tangga dengan pilihan hati saya Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Tidak pernah terlintas dilubuk hati saya bahawa pada hari ini saya akan berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi. Saya adalah seorang manusia sama seperti anda yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.

“Namun, hari ini adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Ini kes saya telah dihadapkan di mahkamah dan biarlah pihak mahkamah sahaja yang membuat pertentangan yang sewajarnya,” katanya.

Selain itu,  Hafidz yang diwakili oleh peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader menyatakan dia tidak mahu mengulas prosiding mahkamah hari ini dengan lebih lanjut.

“Saya serahkan hal ini kepada kebijaksanaan dan khidmat peguam saya untuk menguruskan segala isu perundangan yang timbul. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya untuk tidak mengulas lebih lanjut berkenaan merit prosiding mahkamah ini kerana akan terjumlah kepada sub-judice.

“Tatkala proses mahkamah masih berlangsung saya yakin bahawa mahkamah yang mulia akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hafidz turut meminta agar orang ramai berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan fitnah terhadapnya dan keluarganya.

“Pada yang di luar sana, hentikan membuat spekulasi dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya. Mungkin dengan doa-doa yang anda baik-baik semuanya akan bertambah baik buat saya dan keluarga,” katanya.

Hafidz juga sempat meluahkan rasa rindunya terhadap kedua-dua anaknya Humairah dan Umar.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian.

“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya selama ini dan sentiasa bersama saya dalam apa jua keadaan dan situasi.

“Terima kasih banyak-banyak, saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah dan akan terus melangkah ke hadapan setapak demi setapak sehingga saya lebih berjaya,” katanya.

@xtra_my Kenyataan rasmi Hafidz Roshdi #fyp #xtramy #kenyataan #rasmi #hafidzroshdi #dakwaan #memukul #isteri #mengaku #tidak #bersalah #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dakwaan Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Tenang Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Hafidz Roshdi Diperintah Untuk Dibawa Ke Hospital BahagiaPelakon Hafidz Roshdi tampil mengeluarkan kenyataan selepas mengaku tidak bersalah memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada 2 Mac lalu di Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Selain itu, hasil prosiding pada hari ini, Hafidz turut diperintahkan oleh mahkamah untuk dibawa ke Hospital Bahagia bagi mendapatkan rawatan psikiatri.

Perintah tersebut telah dikeluarkan oleh  Hakim Siti Fatimah Talib yang merupakan majistret kes perbicaraan pagi ini selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Dalam kenyataan tersebut, Hafidz sempat mengucapkan  terima kasih kepada mereka yang mendoakannya dan mengaku tidak pernah terlintas untuk mencederakan isterinya, Shuhada

“Di dalam hidup saya, di antara momen-momen indah adalah apabila berumah tangga dengan pilihan hati saya Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Tidak pernah terlintas dilubuk hati saya bahawa pada hari ini saya akan berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi. Saya adalah seorang manusia sama seperti anda yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.

“Namun, hari ini adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun saya reda dengan apa yang telah ditakdirkan. Ini kes saya telah dihadapkan di mahkamah dan biarlah pihak mahkamah sahaja yang membuat pertentangan yang sewajarnya,” katanya.

Selain itu,  Hafidz yang diwakili oleh peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kader menyatakan dia tidak mahu mengulas prosiding mahkamah hari ini dengan lebih lanjut.

“Saya serahkan hal ini kepada kebijaksanaan dan khidmat peguam saya untuk menguruskan segala isu perundangan yang timbul. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya untuk tidak mengulas lebih lanjut berkenaan merit prosiding mahkamah ini kerana akan terjumlah kepada sub-judice.

“Tatkala proses mahkamah masih berlangsung saya yakin bahawa mahkamah yang mulia akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hafidz turut meminta agar orang ramai berhenti daripada membuat sebarang spekulasi dan fitnah terhadapnya dan keluarganya.

“Pada yang di luar sana, hentikan membuat spekulasi dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya. Mungkin dengan doa-doa yang anda baik-baik semuanya akan bertambah baik buat saya dan keluarga,” katanya.

Hafidz juga sempat meluahkan rasa rindunya terhadap kedua-dua anaknya Humairah dan Umar.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian.

“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang saya selama ini dan sentiasa bersama saya dalam apa jua keadaan dan situasi.

“Terima kasih banyak-banyak, saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah dan akan terus melangkah ke hadapan setapak demi setapak sehingga saya lebih berjaya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Dakwaan Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Tenang Tiba Di Mahkamah Pagi Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi Mengaku Tidak Bersalah Pukul Isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Perlu Jalani Rawatan Psikiatri, Hafidz Roshdi Diperintah Untuk Dibawa Ke Hospital Bahagia

Fatin Nurain