Tak Sabar Bawa Si Pipi Merah Beraya – Siti Nurhaliza

Pastinya sambutan aidilfitri kali ini buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza amat istimewa sekali. Menyambut syawal bersama puteri sulungnya, Siti Aafiyah yang kini telah menjangkau usia tiga bulan membuatkan beliau dan suami, Datuk K tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa si comel pipi merah ini beraya!

“Ini pengalaman pertama siti beraya sebagai ibu. Saya bersyukur kerana dapat juga merasai pengalaman indah ini selepas menanti sekian lama. Seperti yang selalu saya doa dan idamkan, Allah makbulkan jua. Sekarang, segala persiapan saya fikirkan untuk anak dulu terutama dari segi pakaian yang bakal digayakan. Saya ada juga tempah empat pasang pakaian daripada pereka. Selebihnya saya pakaikanbaju kasula pemberian peminat.” Katanya

Namun, bagi Siti beliau masih perlu berhati-hati kerana tidak mahu terlalu mendedahkan anaknya itu dengan persekitaran terutama sekali apabila bersentuhan dengan orang ramai kerana bimbang dengan persekitaran dan kulit bayi yang sangat sensitif.

Wah! nampaknya Datuk Siti beraya sakan lah nampaknya kan? Apapun, yang penting suasana hari raya kali ini adalah yang paling special buat penyanyi kesayangan ramai ni. Tak sabar nak tengok Siti Aafiyah beraya!

Salma Syahbuddin