Categories: Trending

Jangan ambil Remeh! Penyakit Major Depressive Disorder

Nadiah Abdul Halim berkongsi pengalamannya yang disahkan menghidap penyakit Major Depressive Disorder sejak 5 tahun yang lalu. Dia sering dilanda ‘kemurungan’ sewaktu belajar dan bekerja. Disebabkan dirinya yang lemah, dia sering dihantui dengan suara untuk membunuh diri. 

Menurut wanita ini, dia sedaya upaya melawan penyakit tersebut kerana dia masih berjuang untuk menamatkan pengajiannya  menggenggam segulung ijazah. Keadaan dirinya menjadi tidak tentu arah. Ada kala baik dan ada kala buruk. Ada satu ketika, beliau langsung tidak sedarkan diri dan hanya memandang buku selama 3 jam tanpa memahami apa-apa yang dibacanya.

Baru-baru ini ketika beliau bekerja, Nadiah tidak mampu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya dan mula mendapatkan rawatan serta mengambil ubat untuk mengelakkan serangan penyakit. Namun, penyakit ini tidak dapat dijangka. Nadiah diserang panic attacks sewaktu bekerja dan keadaan menjadi lebih teruk sehingga dia berhenti kerja.

“Walaupun saya sejenis yang happy go lucky tetapi tetap mendapat penyakit ini. Depresi bukan sahaja terjadi akibat sedih atau kemurungan”, Katanya

Penyakit Major Deppresive Disorder perlu dititikberatkan kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan tidak mengenal usia. Jadi berhati-hati ya! Sentiasa dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor pakar tanpa perlu berlengah!

Ditulis oleh : Nik Nur Amira Nik Azim

Ad Ops