Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Selepas setahun mengikat tali pertunangan, pelakon Remy Ishak mengaku bahawa dia masih belum bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Tambah Remy, bukan hanya dia yang masih belum bersedia, tunangnya Ezza juga merasa hal yang sama.

“ Kami masih dalam tempoh mempelajari diri masing-masing. Malah faktor komitmen kerja juga membuatkan perkahwinan ini tertangguh.

“ Rancangan untuk berkahwin dua tahun dari tempoh bertunang jadi masih ada masa,” katanya.

Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 1 Mei tahun lalu.

Kata pelakon berusia 36 tahun ini, sudah menjadi adat ketika bertunang pasti ada waktu-waktu mereka diuji.

“ Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

“Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy berkata, dia kini giat mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama Puteri Aishah iaitu Pulang yang bakal menemui penonton pada Julai ini.

SGMS Faida