Rezeki Syawal, Program ‘It’s Alif’ Masuk Musim Kedua

Peluang mengacara dalam program bual bicara dengan resepi sendiri merupakan tuah buat artis serba boleh, Alif Satar.

Lebih menggembirakan, program bual biacara, It’s Alif bakal memasuki musim kedua pada 26 Jun ini!

Program bual bicara yang bersiaran di NTV7 setiap Selasa jam 9.30 malam ini menjemput artis berbeza untuk setiap episod dan membincangkan topik semasa.

“ Syukur program ini diteruskan untuk musim seterusnya.

“ Menarik musim kedua ini, ia berbeza dengan musim pertama yang dibuat secara rakaman, kata pengacara berusia 28 tahun itu, It’s Alif! untuk musim kedua akan dibuat secara langsung,” katanya.

Tambah Alif, pengisian setiap episod pastinya lebih segar.

“ Saya juga bakal membuat persembahan secara langsung bersama band,” ujarnya.

Bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri, Alif bakal menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur dulu dan selepas itu dia dan seluruh keluarga akan beraya di Thailand.

“Raya tahun ini seronok kerana saya dapat membawa seluruh keluarga bercuti ke Thailand,” ujarnya.

Dalam masa sama, Alif juga tidak menolak sekiranya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga pada masa akan datang.

“ Saya memang impikan keluarga yang besar…jika diizinkan Allah, saya terima dengan hati terbuka,” akhirinya.

 

SGMS Faida