“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Penyanyi berbakat yang turut dikenali di dalam dan luar negara, Shila Amzah menerima kecaman daripada netizen ketika berinteraksi menerusi ‘send me anonymous messages!’ di Instagram.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story (IG Story), penyanyi ini menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya dan salah satu mesej tersebut menuduhnya gatal dan tidak matang.

“Alahai macam tak sabar sangat nak cari laki ni, rileks lah jangan tunjuk sangat.

“Dari dulu sampai sekarang suka over kalau bab relationship, tunjuk matang sikit Shila. Malu lah macam gatal sangat,” tulis netizen itu.

Kemudian, Shila membalas kenyataan netizen tersebut dengan menidakkan tuduhan negatif kepadanya.

“Aiyo what is this? Mana Sha pernah cakap benda ni. Kalian ni halusinasi benda lebih-lebih eh padahal Sha tak ada cakap pun.

“And, salah ke kalau nak happy-happy kalau single sekali pun. Hidup jangan jadi pendengki, binasa diri,” tulis Shila.

Kemudian, di IG Story seterusnya, penyanyi yang menempa nama di tanah besar China ini mendedahkan hanya dua orang bekas teman lelakinya sahaja yang kacak selepas seorang netizen mengatakan kesemua bekas teman lelakinya kacak.

“Kalau nak timbang tara yang elok (kacak) maybe dua orang je kot, yang lain-lain tu boleh lah.

“Tak handsome tapi dibutakan dengan dengan cinta,” ujarnya.

Terdahulu, Shila berdepan dengan pelbagai komen-komen negatif di media sosial tentang bentuk badannya.

 

 

 

Maya Basir