Featured By: Maya Basir May 9, 2023 @ 5:54pm

Tak Setuju Kahwin Awal, Kak KM Akui Sedih Anak Perempuan Dikecam Pakai Seksi – “Ada Yang Kata Mereka Jadi Begitu Sebab…”

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tidak pernah ambil peduli tentang persepsi netizen terhadap dirinya.

Memetik laporan mStar, sebagai seorang ibu, dia akui terguris hati dan sedih apabila netizen melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuannya, Nabila Razman, 20, dan Rania Razman, 13, yang berpakaian seksi.

“Memang terasa sebab Nabila dan Rania pun orang sudah mula bercakap pasal pakaian mereka sampai ada kata mereka jadi begitu disebabkan saya.

“Kalau nak bercakap pasal ibunya, saya tak kisah tapi kalau sentuh tentang anak-anak, saya jadi sensitif.

“Tapi setakat geram sahajalah, tak akan pula nak pergi ‘bantai’ mereka di media sosial,” katanya.

Pada masa sama, dia turut berpesan kepada anak-anaknya untuk menjaga pemakaian supaya tidak menjadi bahan kecaman netizen.

Meskipun dikecam, anak kepada pelakon Normah Damanhuri tetap menghargai netizen yang banyak membantu menaikkan namanya.

“Ada juga saya pesan dekat Nabila bila berpakaian ‘cover’ sikit sebab nanti bukan sahaja dia yang kena tetapi saya.. tapi biasanya saya cakap sambil bergurau untuk tidak buat dia terasa hati.

“Komen netizen jarang saya ambil pusing sebab memang mereka ada hak bercakap. Lagipun saya saya dengan mereka baik pengikut atau pun haters saya.

“Sebab mereka juga saya berada di mana saya berada sekarang. Kalau tak ada mereka, siapa yang kenal kita kan,” jelasnya.

Mengulas tentang masa depan anak-anaknya, Kak KM tidak bersetuju jika anak perempuannya hendak berkahwin awal sebelum menghabiskan pelajaran namun tidak menghalang mereka untuk bercinta.

“Saya terang-terang cakap dengan dia yang saya tidak bersetuju kalau dia nak berkahwin awal. Belajar kena habis dulu.

“Berkawan tak kisah sebab kalau kita nak halang, dia menipu belakang kita lagi sakit hati. Orang pula kenal dia, kenal saya.

“Satu saja yang saya selalu pesan, tolong jaga air muka saya. Tolong jaga perangai, cukup saya saja yang kena kecam,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

AKSI GILA DAN LUCAH IQRAM DINZLY-JANGAN SIBUK PLEASE!

Kalau sebelum ini Iqram Dinzly dilabel sebagai tidak waras kerana mengambil gambar selfie di kubur arwah ayahnya, kali ini Iqram sekali lagi tampil dengan aksi lucah nya di laman instagram LIVE!

Featured Fri, 2 Sep 2022

[VIDEO] Selepas Susah Payah Tukar Kad Baru Dalam Keadaan Lumpuh, Wanita Terkilan Akaun Ibu Kena Block Tanpa Sebab

Allahhh 😢😢 Sedihnyaa 😩😢 Semoga Allah permudah segala urusan wanita ini dan ibunya yang bedridden 💔

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

Kena Pijak? Zizi Kirana Sindir Siapa?

Zizi Kirana kena pijak? Siapa pijak Zizi Kirana?

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Anak AR Badul Maut Terkena Tembakan

Semoga Arwah ditempatkan Orang Yang Beriman

Events Wed, 26 Sep 2018
Trending Wed, 19 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Menurut […]

Events Tue, 26 Mar 2019

Make Your Date Night a Very Special One This Weekend with Hannah Lo and Ash Nair

Sometimes, we need other people to help us get more intimate with ourselves.