Featured By: Aqilah Paharuzi September 2, 2022 @ 8:49pm

[VIDEO] Selepas Susah Payah Tukar Kad Baru Dalam Keadaan Lumpuh, Wanita Terkilan Akaun Ibu Kena Block Tanpa Sebab

Heboh di ruangan media sosial sejak pagi tadi mengenai seorang warga emas dalam keadaan yang sangat uzur terpaksa hadir ke bank demi menukar kad.

Menerusi video tular yang dimuat naik di akaun TikTok milik anaknya bernama Hatini Mahmud, difahamkan warga emas itu meminta anaknya untuk pergi ke bank bagi menukarkan kad yang hampir tamat tempoh.

Hatini bertanya pegawai bank bagaimana untuk membuat pembaharuan kad mewakili ibunya.

“Cik kena bawa juga mak datang bank,” kata pegawai bank.

“Selain pergi bank ada kaedah lain untuk mak saya yang lumpuh ini,” ujar Hatini.

“Memang tak ada cara lain, cik kena bawa mak datang bank dan tolak makcik masuk kedalam bank juga,” jelas pegawai bank.

Kelu lidah untuk berkata-kata, Hatini terpaksa akur atas kehendak pihak bank lalu menggunakan perkhidmatan St. John Ambulans kerana tidak mampu untuk membawa ibunya menggunakan kereta dek kerana keadaannya yang tidak boleh duduk.

“Semua itu adalah kos yang perlu dikeluarkan sendiri bukan percuma. Ada juga bank yang tidak ada bertimbang rasa dekat orang sakit,” tulisnya dalam video tersebut.

Terbaharu, menerusi ruangan komen Hatini meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat membeli keperluan ibu kerana akaun bank milik ibunya disekat tanpa diberitahu sebabnya.

“Pihak bank ******** Gurun sudah block akaun bank mak saya tak boleh keluarkan duit (kad baru buat) tanpa alasan bila call, minta saya pergi jumpa manager ********* Bank.

“Dari kad bank tu mak saya terima pencen dan duit pencen itu kami guna untuk belanjakan pampers serta keperluan dia (bedridden),” tulisnya.

Semasa artikel ini ditulis, video itu telah meraih sebanyak hampir 1 juta tontonan, 43,000 tanda suka dan 4,500 komen.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri oleh luahan hati netizen yang sedih melihat keadaan ibu Hatini yang lumpuh terpaksa datang ke bank.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jun 2018

Harga RON 95, Diesel Kekal

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Featured Wed, 27 May 2020

Rendang, lemang bukan punca kemunculan jerawat

Kenali jenis kulit wajah, elak makan berminyak

Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Keluarga Dedah Keadaan Sebenar Glenn Fredly Sebelum ‘Pergi’

RIP Glenn Fredly. Terima kasih atas nota muzika yang penuh cinta

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Aziz dan Kontroversi Berpisah Tiada

Mungkinkah Aliff berdepan dengan masalah psikologi (depresi/tekanan jiwa)?