Trending By: Salma Syahbuddin April 9, 2020 @ 1:29pm

[TRENDING] Keluarga Dedah Keadaan Sebenar Glenn Fredly Sebelum ‘Pergi’

Pemergian penyanyi popular menerusi lagu Januari ini cukup memberi kesan buat peminat dan teman-teman rapat beliau.

Hal ini terbukti apabila penyakit yang dihidapi penyanyi popular itu dirahsiakan daripada pengetahuan ramai.

Sebulan sebelum meninggal, Glenn mengadu sakit

Sumber : Instagram @Glenfredly309

Menurut wakil keluarga mendiang, sebelum ini iaitu sebulan sebelum mendiang menghembuskan nafas terakhirnya, beliau pernah mengeluh mengenai penyakit beliau dan mula berasa tidak sihat.

” Sebulan yang terkahir, Glenn mula berasa tidak sihat atas penyakit yang dialaminya sehingga memutuskan untuk beliau ditahan di hospital bagi menjalani rawatan lanjut”

Masih aktif seperti biasa sebelum ‘pergi’

Mozes turut berkongsi, Glenn masih melakukan aktiviti harian beliau seperti biasa. Tapi, keadaan beliau sejak tiga hari yang lalu semakin merosot.

Namun, Glenn masih mampu berinteraksi sebelum pergi meninggalkan semua pada Rabu.

Keluarga harap tetamu tidak hadir ke upacara persemadian Glenn Fredly

Sumber : Google

Dalam masa yang sama, pemergian penyanyi popular ini cukup memberikan kesan buat keluarga beliau, Justeru itu, pihak keluarga berharap agar tetamu tidak menghadiri upacara persemadian Glenn.

Malah, meminta agar teman-teman yang lain mahupun peminat sekadar mengirim doa buat mendiang Glenn.

Pengebumian secara tertutup akan dilakukan

Proses pengebumian akan dilakukan secara tertutup pada tengah hari ini di Tanah Kusir, Jakarta.

Mendiang Glenn Fredly atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo meninggal akibat radang otak yang dialami beliau.

Sumber : Glennfredly390

Terdahulu, mendiang telah berkahwin dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu dan dikurniakan seorang cahaya mata Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang kini berusia 2 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Fri, 31 May 2019
Trending Sat, 29 Jan 2022

Fenomena ‘Ikatan Cinta’ Bakal Pukau Penonton Malaysia, Sinetron No 1 Indonesia Ini Kini Ditayangkan di TV9!

Ikatan Cinta, sebuah karya meruntun jiwa arahan Doddy Djanas telah mewarnai saluran TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.40 malam bermula 26 Januari lalu. Barisan pelakon hebat seperti Amanda Manopo, Glenca Chysara, Evan Sanders, […]

Featured Tue, 1 Nov 2022
Trending Fri, 9 Aug 2019

The Diet Secret to Beyoncé’s Bangin’ Figure Might Actually be Dangerous?

Shocking! Who would have thought that the Queen of Pop herself is promoting unhealthy diet?! GAG!

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Hmm.. ada betul juga apa yang Izara cakap ni kan gais? Tak salah untuk menegur cuma kena tengok pada situasi juga.. tapi teruk juga Izara dikecam, fuhh

Trending Thu, 5 Nov 2020