“Tak Taulah, Saya Tak Promote Sangat Macam Datuk..” – MV Muah Muah Raya Didakwa Unsur LGBT, Datuk Seri Vida Dipanggil SKMM

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida memaklumkan dia dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung isu muzik video (MV) lagu rayanya berjudul ‘Muah Muah Raya’.

Ia susulan pertikaian netizen yang mendakwa MV tersebut mengangkat golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

Berita berkenaan dimaklumkan menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

“Saya tak tahu la nak cakap macam mana untuk lagu raya saya ‘Muah Muah Raya’. Saya tak promote sangat la setelah saya tengok Datuk Aliff Syukri dipanggil ke MCMC sebelum ini.

“Saya dah buat benda (MV Raya) ni sebelum Datuk Aliff lagi. Kena panggil MCMC, maka saya kena pergi la ke MCMC untuk diambil keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang sama, DSV memberitahu dia berada dalam keadaan tiadk sihat namun terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa SKMM, ia susulan terdapat individu melaporkan mengenai MV berkenaan.

“Saya pun memang tak sihat, sakit kepala. Saya turuti untuk pergi ke MCMC. Sebab lagu Muah Muah Raya telah di report,” katanya.

Tinjauan di hantaran komen hantaran tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, malah ada dalam kalangan mereka melabel DSV sebagai individu ‘Kuat Wayang’.

Terdahulu, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri turut dipanggil ke SKMM untuk membantu siasatan berhubung isu MV rayanya berjudul ‘Kelepok Raya’ yang didakwa berunsurkan LGBT dan bertentangan dengan agama Islam.

Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Mata Duitan..” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Ajar Jadi Viral Dengan Buat Content Untuk Raih Wang Ribuan Ringgit?

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Artikel Berkaitan: Cetus Kemarahan Umat Islam Gara-Gara Klip Video Berimej Songsang, Aliff Syukri Hadir Ke SKMM Beri Keterangan

Aqilah Paharuzi