Lucinta Luna Akui ‘Suka’ & Berhajat Jumpa Aeril Zafrel, Netizen Seru Wawa Zainal Selamatkan Suami

Selebriti kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna yang sedang bercuti di Malaysia itu mencuri perhatian netizen, lebih-lebih lagi selepas dia mula meluangkan masa bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh DSV, mereka dilihat sedang berlibur di perkarangan Bukit Bintang dan di sebuah pusat beli belah Pavilion.

Video tersebut memaparkan perbualan mesra mereka di mana Lucinta meminta DSV untuk memperkenalkan pelakon hero Malaya Aeril Zafrel.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah, 32, membuat pendedahan ‘berani mati’ mengatakan dia menyukai Aieril, iaitu suami kepada pelakon jelita Wawa Zainal.

Berdasakan perbualan dalam video tersebut, DSV bagaimanapun menasihati Lucinta untuk tidak membuat kecoh dengan menganggu rumah tangga orang lain dan turut tidak mahu terlibat.

“Mengucap.. mengucap.. Itu laki orang, jangan main-main. No, no jangan cari pasal.

“Nanti saya terbabit, saya tak nak,” kata DSV.

Susulan itu, Lucinta masih yakin bahawa Aeril bakal menyukai dirinya jika mereka bertemu.

“Kalau saya berjumpa dengan dia, saya yakin Aeril akan suka dengan saya,” ujar Lucinta.

“Diorang keluarga bahagia, pasangan saling mencintai. Tak boleh suka,” tegas DSV.

@datoserividaofficial

Reply to @ilybellsya aiyo memang trauma . Nak jumpa AIEREL ZAFREL PULAK ! Habis lah kena marah dengan @wawazainal92 nanti 🥲 #lucintaluna #datoserivida #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #masukberandagak #dsv #tiktokindonesia

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUT

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi.

Ada dalam kalangan mereka yang sempat bergurau dengan meminta Wawa Zainal untuk ‘selamatkan’ suaminya daripada Lucinta.

Malah, segelintir daripada mereka berseloroh menyuruh DSV untuk memperkenalkan Lucinta kepada bekas kekasih DSV, iaitu Iqbal Zulkiflee.

Aqilah Paharuzi