“Takut Mereka Pandang Serong Lepas Saya Dah Conteng Arang” – Datuk Red Gementar Beraya Bersama Keluarga Adira, Syukur Dapat Beri Nafkah Isteri

Suami penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mengakui gementar untuk pulang menyambut raya bersama ahli keluarga isterinya di Kuching, Sarawak.

Jelas Datuk Red, dia bimbang sekiranya ahli keluarga Adira akan memandang serong kepadanya setelah tular isu hutang baru-baru ini.

Malah sebaliknya ahli keluarga Adira menerimanya dengan tangan terbuka serta menzahirkan tanda sokongan kepada Datuk Red.

“Alhamdulillah raya tahun ini di Kuching, Sarawak bersama dengan keluarga Adira dan ibu mentua pun ada sekali.

“Saya bukan fikir tempat beraya itu cuma kenangan di sana yang membuatkan raya tahun ini lain macam sikit.

“Sangkaan saya masa nak pulang beraya ke Kuching tu saya gementar juga takut ahli keluarga akan pandang serong dekat saya ibarat saya dah menconteng arang tapi Alhamdulillah mereka sokong saya. Itu yang paling terharu buat saya,” katanya.

Datuk Red berkata demikian menerusi temu bual bersama Majalah di aplikasi TikTok.

Sementara itu, Datuk Red memaklumkan Adira akan terus memberi sokongan kepadanya meskipun pada akhirnya mereka akan berpisah.

Datuk Red meluahkan rasa syukur apabila dapat menjalankan tanggungjawab kepada isteri dengan memberikan nafkah.

“Adira pun beri sokongan pada saya. Dia kata andai kami jodoh tidak panjang, dia tetap beri sokongan pada saya untuk kembali semula sebagai seorang suami dan ayah.

“Alhamdulillah dalam tiga minggu ini, dah nampak perubahan sebagai suami dimana nafkah saya dapat tunaikan.

“Tugas saya yang selama ini diabaikan, saya dapat jalankan dan di situlah kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan,” ujarnya lagi.

@majalahwanita

Datuk Red kata seronok dapat beraya dengan isteri & anak2, tak sangka disambut baik lepas isu ‘aib terbuka’ di media sosial #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – Majalah Wanita – Majalah Wanita

Sebelum ini, Datuk Red memaklumkan dia kini mengalami muflis dan berhutang sebanyak RM 7 juta.

Terdahulu, Adira memfailkan penceraian kali kedua kepada Datuk Red pada 25 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Sekadar info, Datuk Red mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: “Happy For You, Sentiasa Doakan Yang Terbaik” – Luah Rasa Bangga, Adira Suhaimi Ucap Selamat Bekerja Pada Datuk Red

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Gelagat Datuk Red Live Bersama Adira Suhaimi – “Kan Bagus Begini Dari Dulu, Sama-Sama Cari Duit”

Sumber: Majalah

Aqilah Paharuzi