Categories: SelebritiTrending

“Pandai Je Reka Cerita” – Angeline Tan Jawab Dakwaan Kini Hamil, Sabri Yunus Sifatkan Sebagai Fitnah Paling Kelakar

Sebelum ini, sebuah blog hiburan berkongsi mendakwa pelakon Angeline Tan kini sedang hamil tular di media sosial.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Angeline tampil memperjelaskan mengenai berita tersebut sekaligus menafikannya.

“Tidak betul, berita yang tersebar itu adalah palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini.

“Pandai sahaja dia reka cerita palsu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, suami kepada Angeline iaitu pelakon Sabri Yunus pula menyifatkan perkara tersebut sebagai fitnah yang kelakar menerusi hantarannya di Facebook.

“Hari paling kelakar sepanjang 6 bulan yang lalu…

“Hari ni viral cerita fitnah paling kelakar… Kepada orang yang memulakan isu ini tidak dia rasa bersalah kalau tak rasa berdosa pun?

“Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidakkah dia rasa yang serupa?

“Bukan apa puas nak menjawab pada kawan yang bertanya mahu confirmkan…

“Ada kawan kata… ‘takpe, benda baik’ hahahaha… saya kata… yang tak baik tu fitnah… fitnah tak mungkin baik,” tulisnya.

Untuk rekod, Angeline dan Sabri berkahwin pada 13 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Selamat Diijabkabulkan, Sabri Yunus Kini Suami Kepada Angeline Tan – “Mula-Mula Rapat Tiga Tahun Lalu…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Bergenang Air Mata Berdoa Depan Kaabah – “Semoga Allah Memelihara Kita”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari