Categories: SelebritiTrending

Alami Kesakitan Teruk, Lana Nodin Dikejarkan Ke Hospital… Punca Penyakit Belum Diketahui

Pelakon dan usahawan, Lana Nodin dikhabarkan dikejarkan ke pusat perubatan swasta di Ampang kerana mengalami kesakitan yang teruk pada pagi ini.

Memetik laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurusnya, Jamal Salleih yang menyatakan Lana menghubunginya sambil menangis meraung kesakitan untuk dibawa ke hospital.

“Dia hubungi saya sambil meraung menahan kesakitan supaya dibawa ke hospital dengan segera.

“Malam tadi dia ada hubungi saya maklumkan sudah dua hari badannya rasa serba tak kena, tapi dia masih buat kerja seperti biasa.

“Jadi saya nasihatkan supaya dia berehat secukupnya, tapi sekitar jam 11 pagi dia hubungi saya beritahu mengalami kesihatan yang teruk.

“Saya minta dia hubungi suaminya segera kerana saya ada urusan kerja di luar waktu itu. Jadi suaminya sudah bawa dia ke hospital dan Lana sedang menjalani pemeriksaan kesihatan,” kata Jamal.

Namun begitu, Jamal memaklumkan bahawa sehingga dia tidak mengetahui penyakit yang dialami Lana.

“Saya rancang nak pergi melawatnya ke hospital tapi suaminya maklumkan Lana masih menjalani beberapa pemeriksaan dan tidak dibenarkan untuk melawat.

“Suami dia pun tak tahu Lana sakit apa? Kami semua masih menunggu laporan daripada pihak hospital,” ujarnya kepada Harian Metro.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lana Nodin Manis Berhijab Penuh, Netizen Titip Doa Agar Istiqamah – “Cantik Sangat, Teruskan Ya”

Artikel Berkaitan: “Tak Sampai 5 Minit Kau Clamp!” – Lana Nodin Bengang Dakwa Penguatkuasa ‘Pilih Bulu’ Kunci Tayar Kenderaan

Artikel Berkaitan: Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Sumber & Kredit Foto: Harian Metro

Atiqah Johari