Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Pelawak kumpulan Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin, 30 atau Kamal Sumbu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang di Hospital Putrajaya, hari ini.

Pelawak itu mengalami pendarahan dalam kepala, patah bahu dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya jam 2 petang semalam.

Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membuat penghantaran pesanan patin tempoyak di Sepang.

Baca: Kamal Cilok Terbabit Kemalangan, Kini Bergantung Pada Life Support Machine

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada esok.

Kamal mula dikenali selepas menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) pada 2016 dan 2018 dan menjadi naib juara Bintang Mencari Bintang pada 2014.

Allahyarham sepatutnya menyertai MLM 2019 yang akan bersiaran pada 1 November ini.

Oleh: Guy Masaki

Del14