Selamat Bertunang, Zara Zya Dan Hafreez Adam Bakal Nikah Oktober 2020

Pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam akhirnya menamatkan teki-teki peminat apabila selamat melangsungkan pertunangan petang tadi. 

Kedua-dua pelakon yang mula rapat sejak berlakon bersama dalam drama “Monalisa” itu turut meminta maaf kerana tidak memaklumkan telebih awal di atas permintaan keluarga mereka yang mahukan majlis pertunangan itu dilangsungkan secara tertutup sekitar jam 3 hingga 6 petang tadi di Kuang, Sungai Buloh.

“Sejujurnya bukan berniat nak sorokkan majlis ni,tetapi ini kerana kami mahu menghormati  permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.”

Kedua merpati sejoli ini bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan dan memilih Oktober 2020 sebagai tarikh bersejarah itu.

Zara Zya  memilih untuk didandan oleh Dato’ Alha Alfa dan memakai persalinan serba putih rekaan Syafieq Ayman sempena majlis pertunangannya.

 

Oleh: Azalea Danea

SGMS Putri