Hiburan By: SGMS Faida September 4, 2018 @ 12:35pm

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Pengacara Muzik-Muzik, Haziq Hussni yang baru saja menimang cahaya mata memberitahu dia mahu fokus kepada dua cahaya matanya dahulu sebelum menambah ahli keluarga lagi.

Haziq yang menerima cahaya mata kedua Jumaat lalu juga memaklumkan dia dan isterinya sudah sepakat dalam hal ini.

“ Memandangkan Putri baru menjalani pembedahan, kami tidak mahu ambil risiko. 

“ Kami mahu memberi perhatian kepada sepasang anak kami ini sebelum membuat perancangan menambah ahli keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Isterinya, Ayunda Putri selamat bersalin secara pembedahan, seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 7 September. 

“ Alhamdulillah, isteri dan bayi dalam keadaan sihat. Saya kagum dengan semangat Putri yang ingin segera sembuh,” katanya yang masih belum memilih nama untuk diberikan. 

Dengarnya, Haziq dan isteri sudah menyediakan beberapa nama dan hanya akan berkongsi apabila usianya mencecah tujuh hari. Tahniah Haziq dan Ayunda… 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Oct 2019

Gosip Rumah Tangga Goyah, Suami Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan…

Doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini. Amin!

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Jom Kenal Dengan Penyanyi ‘Hirisan Kaca’, Siapa Sebenarnya Syafiq Rosman?

Single Hirisan Kaca boleh didengari di seluruh platform muzik digital bermula hari ini.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

‘Rumah Siti Khadijah’ Angkat Kisah Wanita Dianiaya Lelaki Durjana!

Antara kisah-kisah yang bakal diceritakan dalam Rumah Siti Khadijah ialah sumbang mahram, tokan dadah, pil khayal, ‘call girl’, ragut yang diharapkan dapat menjadi teladan.

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Featured Thu, 15 Dec 2022