Hiburan By: SGMS Faida February 25, 2019 @ 1:56pm

Tampil Dengan Lelah Mengalah, The Mirza Takut Tunggu Respon Pendengar

Dibentuk pada 2017, kumpulan The Mirza yang terdiri daripada pasangan kembar seiras kini terus mengorak langkah dengan kemunculan single bertajuk Lelah Mengalah.

Nampaknya The Mirza tidak pernah lelah selepas beberapa percubaan membina nama sebelum ini kurang mendapat perhatian.

Pasangan kembar Zaf dan Syaf kini tampil dengan single ketiga selepas Telah Berubah dan Jatuh-Jatuh Cinta. 

“ Single ini dirakam pada November lalu dalam masa sehari sahaja tanpa sebarang masalah.

“ Kami akui takut menanti penerimaan pendengar di luar,” kata Syaf atau nama sebenarnya, Norsyafira Mirza Mohd Rafiq.

Membawa genre pop Melayu, The Mirza yang mendapat tempat di negara Indonesia berharap dapat penerimaan sama di sini.

“ Kami mudah diterima di Indonesia berikutan keunikan ditonjolkan iaitu pasangan kembar wajah seiras yang boleh menyanyi.

“Semuanya bermula apabila kami ingin menyiapkan single pertama, Telah Berubah.

“Kami berminat dengan lagu ciptaan komposer popular Indonesia, Tengku Shafick,” katanya yang yakin melebarkan sayap di republik itu kerana dipercayai tidak ada pasangan kembar seiras menjadi penyanyi di sana.

Muzik video Lelah Mengalah juga boleh mula ditonton di laman You Tube The Mirza sejak November lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

‘Mana Ada Merajuk…’- Raja Ema Teruja Bakal Berlakon Filem

Lama tak tengok Raja Ema berlakon kan? Tak sabarnya!

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Umie Aida Dekatkan Anak Pada Al-Quran Sejak Bayi Lagi

Pelakon, Datin Seri Umie Aida sering memperdengarkan ayat al-Quran selama sebulan kepada anaknya, Aisyah Humaira. “Alhamdulillah, Aisyah sudah masuk lebih dua bulan. Jadi, sudah masuk juzuk dua. “Saya menggunakan pendekatan digunakan Ustaz Hadi Hidayat dalam […]

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Terlalu Sibuk Kerja, Shuk Risau Anak Mula Tak Kenal?

Amboi, betul-betul sibuk nampaknya ni Shuk!

Featured Thu, 19 May 2022